WeLcOmE tO mY BeLoVeD bLoG... JiWaNg JiWaNg ItU lAh AkU...

Saturday 12 November 2011

Izinkan Ku Pergi

Bila titisan hujan sedang mencurah
Hati yang pedih menjadi semakin pilu
Air jernih turun membasahi pipi ini
Kini aku adalah insan yang kecewa
Bila diri ini terpaksa berpisah denganmu
Dan bila hati ini telah kau bawa lari
Aku merintih sendirian dalam kesepian
Seandainya kau tahu betapa aku menyayangimu
Hatiku pedih karna hati ini telah kau lukai
Rendahkah diriku di hadapan matamu
Dimanakah kau letakkan diriku di hatimu
Kau ialah insan yang sungguh istimewa bagiku
Rasakan dan selamilah hati ini kekasih....
Fahamilah aku sebagaimana aku memahamimu
Bahagiakan aku sebagaimana telah aku lakukan
Mungkin bagimu cintaku tak seindah mana
Tapi diriku tulus menyayangimu
Namun kini aku terpaksa pergi dari sisimu
Apakah dayaku bila aku telah tak kau sayangi
Perlukah aku terus setia disisi mu
Bila aku telah kau buang dari hatimu
Dan bila aku sudah tidak kau perlu lagi
Kini aku pergi dari hidupmu membawa duka
Untuk memberikan mu secebis kebahgiaan
Walau hati ini akan merana kerana kamu
Aku rela karna aku sayang kamu....

No comments:

Post a Comment